Tuesday, August 1, 2017

KHIDMAT POTONG RUMPUT

Kadang-kadang kita terlalu sibuk membuat kerja harian kita. Kita tidak ada masa untuk membersihkan kawasan sekitar rumah kita. 

Rumput dan lalang tumbuh dengan agak panjang dan nampak semak . Keadaan itu bukan saja dilihat tidak cantik malah boleh mengundang bahaya tempat berlindung binatang bahaya seperti ular dan sebagainya.


Jangan risau... jangan gundah gulana anda boleh hubungi  Sdr. Zaim di talian 017-499 3880, beliau menyediakan perkhidmatan potong rumput.  Bertindak cepat jangan biarkan keadaan rumah anda berkeadaan begitu.

IKUTI VEDIO PENDEK BLOGGER




KLIK IMAGE UNTUK KE UTARA BIZ




KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL PADANG SERAI



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL SEBERANG PERAI TENGAH



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL KULIM




Sunday, July 16, 2017

KEPENTINGAN BLOG & LAMAN WEB DALAM PERNIAGAAN MASA KINI

Sekiranya kita menjalankan perniagaan pastinya kita perlu mempunyai kedai, warung dan seumpamanya. Kedai dan warung ini mempunyai alamat dan akan membawa pelanggan kita untuk melihat dan mendapat maklumat dan senterusnya membeli produk atau perkhidmatan kita.

Kita juga perlu membuat promosi dan pengiklanan agar perniagaan kita dapat menarik perhatian bakal pelanggan. Masa kini promosi dan pengiklanan amat penting dalam perniagaan. 

Untuk membuat pemasaran dan pengiklnan di internet maka  perlu menggunakan blog atau laman web. Blog atau laman web  ini adalah kedai kita di dunia siber. Blog atau laman web ini mempunyai alamat  dan akan membawa pelayar internet yang  ingin mengentahui  maklumat mengenai perniagaan kita dan seterusnya membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.


Memang kita boleh menggunakan Facebook dan Page di Facebook. Namun buat masa ini apa yang kita tulis dalam kedua-dua medium ini sukar untuk kita temui di engin carian goggle yang kini menjadi trend masyarakat moden mendapat informasi dan seterusnya membeli.

Hari ini setiap orang melayari internet dan kemudahan untuk melayari internet sentiasa berada di dalam poket iaitu bagi mereka yang mempunyai telefon pintar.  Cuba tengok pengguna internet dan Facebook di Malaysia.  Apa yang tertera di sini adalah statistik pada tahun 2013 dan kini sudah 4 tahun berlalu pasti pennggunanya bertambah.


Ini membuktikan betapa penting dan pentingnya internet dan media sosial untuk menjalankan promosi perniagaan.

Disamping itu blog atau laman web akan sentiasa ada dan tidak pernah tidur dalam memberikan penerangan kepada bakal pelanggan kita. Blog dan Laman web ini akan memberikan khidmat kepada kita 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan  365 hari setahun.  Jadi amat rugi sekiranya kita mempunyai bisnes tapi tik mempunyai blog atau laman web sendiri untuk membantu meningkatkan jualan kita.

Sekiranya anda masih tidak mempunyai keyakinan atau tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk membangunkan blog dan web Portal  Kepala Batas menawarkan anda mempunyai satu artikel dalam portal ini dan akan berada di engin carian goggle.

Pihak portal akan mempromosi artikel anda yang berada di portal ini sebnyak 3X . Jika anda dah mula dapat merasa kesanya dan ingin meminta portal ini mempromosi sebanyak 3x lagi di minggu berikutnya  anda boleh menghubungi blogger. Pihak blogger akan mengenakan sedikit caj  untuk perkhidmatan tersebut.  Di samping itu  anda juga  boleh mendapatkan link dan terus mempromosi link tersebut di laman facebook dan page anda.

Jadi tingkatkan perniagaan anda dengan mempromosi di dunia internet dengan kos yang amat murah. Sekiranya anda mahir anda boleh buat sendiri blog perniagaan tanpa perlu mengeluarkan kos anda hanya perlu berfikir dan tahu menulis dan memberikan masa untuk membuatnya.


Jika anda tidak mempunyai masa anda boleh hubungi Blogger untuk membantu anda di talian 019-560 7802 whasapp atau Sms.






KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI


KLIK IMAGE UNTUK KE BLOG INI

Sunday, July 2, 2017

BANTU PENIAGA DENGAN BAKAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger  sudah lama terlibat dalam dunia penulisan lebih dari 30 tahun.  Sebelum datang dunia IT ni Blogger begitu teringin menerbitkan akhbar kecil  untuk pekan kecil seperti  Kepala Batas misalannya. Tujuannya untuk melapur apa yang menarik di kawasan itu disamping menyediakan wadah  pengiklanan untuk para peniaga di kawasan ini.

Blogger berharap dapat menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan dan penerbitan  untuk membantu para perniaga di kawasan ini. Blogger sedar dan yakin bahawa para perniaga juga sedar  pengiklanan merupakan segmen  yang teramat penting dalam usaha meningkatkan jualan dalam sesuatu perniagaan.

Idea ini timbul setelah kawan baik Blogger  balik dari belajar di US, dia kata di sana hampir setiap pekan kecil ada akhbar sendiri. Sejak itulah  terniat dan tergerak di hati Blogger untuk menerbitkan akhbar seumpama itu. Namun untuk menerbitkan bentuk kovensional  rasanya tidak berbaloi kerana kos pencetakan agak tinggi. Jadi kos pengiklanan juga pasti tinggi dan membebankan perniaga kecil.  Jadi rancangan itu tinggal rancangan dan memang sukar untuk di pratikkan.

Namun setelah datangnya  zaman dunia tanpa sempadan perasaan itu kembali berkembang. Namun Blogger  belum mendapat konsep yang sesuai untuk melaksanakannya disamping kekangan urusan lain.  Kini Blogger  merancang menerbitkan portal seumpama akhbar kecil itu di beberapa kawasan termasuk Kepala Batas. Oleh kerana kini Blogger  tinggal di Padang Serai saya akan membina satu untuk Padang  Serai. 

Blogger juga akan membina satu portal untuk SPT kerana Blogger berasal daripada sana.  Disamping itu Blogger akan membina sebuah portal untuk Kulim kerana Kulim adalah kawasan tengah-tengah perjalanan antara Padang Serai dengan SPT.

Hakikatnya portal ini bukan hanya portal iklan semata-mata,  Blogger akan menulis cerita mengenai “HUMAN INTEREST”, “PRIHATIN” dan ‘MASALAH SETEMPAT” dan lain-lain.  Bagi merealisasikan hasrat ini Blogger memohon kerjasama  pembaca di kawasan yang terbabit untuk memberikan info kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS ke 019-560 7802, Blogger akan ke sana mendapatkan bahan.

Disamping itu Persatuan dan NGO dalam kawasan Kepala Batas  juga boleh memberi info mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan kerana Blogger akan membuka satu ruangan yang di namakan “DAIRI KEPALA BATAS”.  Pemimpin persatuan dan NGO boleh juga menyalur maklumat kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS  ke  019-560 7802. Boleh juga di salur melalui E-Mel ke nurzaman20@gmail.com.

Blogger mengharapkan usaha kecil membantu peniaga kecil ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada para perniaga manakala masyarakat di kawasan berkenaan juga dapat mengetahui  barangan yang diniagakan di kawasan  tersebut, serta mendapat info mengenai program serta aktiviti malah dapat membaca cerita-cerita menarik di kawasan ini.

Blogger yakin dalam masa yang terdekat ini Portal Kepala Batas akan menjadi popular dan mampu menarik masyarakat Kepala Batas melayarinya.

Sekian Terima Kasih.