Sunday, July 2, 2017

BANTU PENIAGA DENGAN BAKAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger  sudah lama terlibat dalam dunia penulisan lebih dari 30 tahun.  Sebelum datang dunia IT ni Blogger begitu teringin menerbitkan akhbar kecil  untuk pekan kecil seperti  Kepala Batas misalannya. Tujuannya untuk melapur apa yang menarik di kawasan itu disamping menyediakan wadah  pengiklanan untuk para peniaga di kawasan ini.

Blogger berharap dapat menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan dan penerbitan  untuk membantu para perniaga di kawasan ini. Blogger sedar dan yakin bahawa para perniaga juga sedar  pengiklanan merupakan segmen  yang teramat penting dalam usaha meningkatkan jualan dalam sesuatu perniagaan.

Idea ini timbul setelah kawan baik Blogger  balik dari belajar di US, dia kata di sana hampir setiap pekan kecil ada akhbar sendiri. Sejak itulah  terniat dan tergerak di hati Blogger untuk menerbitkan akhbar seumpama itu. Namun untuk menerbitkan bentuk kovensional  rasanya tidak berbaloi kerana kos pencetakan agak tinggi. Jadi kos pengiklanan juga pasti tinggi dan membebankan perniaga kecil.  Jadi rancangan itu tinggal rancangan dan memang sukar untuk di pratikkan.

Namun setelah datangnya  zaman dunia tanpa sempadan perasaan itu kembali berkembang. Namun Blogger  belum mendapat konsep yang sesuai untuk melaksanakannya disamping kekangan urusan lain.  Kini Blogger  merancang menerbitkan portal seumpama akhbar kecil itu di beberapa kawasan termasuk Kepala Batas. Oleh kerana kini Blogger  tinggal di Padang Serai saya akan membina satu untuk Padang  Serai. 

Blogger juga akan membina satu portal untuk SPT kerana Blogger berasal daripada sana.  Disamping itu Blogger akan membina sebuah portal untuk Kulim kerana Kulim adalah kawasan tengah-tengah perjalanan antara Padang Serai dengan SPT.

Hakikatnya portal ini bukan hanya portal iklan semata-mata,  Blogger akan menulis cerita mengenai “HUMAN INTEREST”, “PRIHATIN” dan ‘MASALAH SETEMPAT” dan lain-lain.  Bagi merealisasikan hasrat ini Blogger memohon kerjasama  pembaca di kawasan yang terbabit untuk memberikan info kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS ke 019-560 7802, Blogger akan ke sana mendapatkan bahan.

Disamping itu Persatuan dan NGO dalam kawasan Kepala Batas  juga boleh memberi info mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan kerana Blogger akan membuka satu ruangan yang di namakan “DAIRI KEPALA BATAS”.  Pemimpin persatuan dan NGO boleh juga menyalur maklumat kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS  ke  019-560 7802. Boleh juga di salur melalui E-Mel ke nurzaman20@gmail.com.

Blogger mengharapkan usaha kecil membantu peniaga kecil ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada para perniaga manakala masyarakat di kawasan berkenaan juga dapat mengetahui  barangan yang diniagakan di kawasan  tersebut, serta mendapat info mengenai program serta aktiviti malah dapat membaca cerita-cerita menarik di kawasan ini.

Blogger yakin dalam masa yang terdekat ini Portal Kepala Batas akan menjadi popular dan mampu menarik masyarakat Kepala Batas melayarinya.

Sekian Terima Kasih.


No comments:

Post a Comment